Wednesday 11 February 2015

Most beautiful mountain in Indonesia mountain Rinjani - Part 1

Safe landing LOMBOK!!!!!!!

20/10/2014
Perjalanan bermula dari Shah Alam ke Airport Senai Johor Baru. Untuk mendapat tiket murah punye pasal terpaksa juga amik flight dari Senai. Selepas Isyak aku bertolak ker perhentian bas Shah Alam Sek 13 untuk ke Johor. Tiket bas ke Johor pukul 11:45, so bleh lah makan kejap utk mengalas perut. Sebab plan nak membuta jer kat dlm bas.



bas Eagel yg laju cam eagel gak...


21/10/2014

Sampai Skudai pukul 3:45 pagi, terus cari teksi untuk hantar ker Airport Senai. Mahal oooo tampang teksi RM63.00. Time nie lah br rase menyesal sebab naik flight dari Senai. Airport Senai pukul 4:15 memang lengang lah. Tak ramai orang... 




Checkin beg kul 5:00am dan terus masuk solat subuh. Dalam masa yg sama seorang group membe Taufiq yg baru aku kenal pun sampi. Amik flight yg sama dengan aku. Sebelum fly, lepak minum dulu bersama kawan baru dan berkenal-kenalan lah kejap. 



Gunung Agong di Pulau Bali

Perjalanan dari Senai ke Lombok mengambil masa dalam 3jam. Flight pun kosong.3 jam dalam flight Air Asia sangat lah bosan. Makan jer lah nasi lemak pak naseer yg dah siap oder online mase beli tiket. yang menarik nye sebelum sampai Lombok pilot telah memberitahu Gunung Agong terletak sebelah kanan. WOW... i like.... 



Alhamdulilah... selamat sampi di LOMBOK..


sampai jer Lombok teruk setel kan ape yang patut. Keluar jer dari pintu arrival tue banyak gile privet sapu dok menunggu. Semua offer utk hantar kami ker hotel dengan harga yg mengarut2. Aku dan taufiq wat tak tahu n menolak dgn baik. kami cari tempt utk melepak sementara menunggu seorang lagi membe dan group sham castelo dari Kl yg akan mendaki gunung rinjani yg flight die dari KLIA. Sementara itu aku cari lah sim cad indon utk buat call ke Malaysia.







Lombok juga dikenali sebagai pulau seribu masjid. sepanjang perjalanan dari airport ker bandar mantaram, terdapat masjid di sepanjang perjalanan dan jarak antara dua masjid amat dekat. supir di sini memberitahu bahawa mereka diwajibkan membina sebuah masjid jika sebuah kampung itu dihuni lebih dari 40 org. sebelum flight hendak landing tadi pun aku dapat melihat dari udara banyak kubah2 masjid.













sampi bandar mentara... checkin hotel sama dengan sham... pas tue g makan n jalan2 cari barang outdoor gear.... MURAH...MURAH....






No comments:

Post a Comment